comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Imigresen tidak kompromi pegawai terlibat rasuah

PUTRAJAYA: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai yang didapati terlibat dengan salah laku rasuah sama ada yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa (KLIA) atau mana-mana Pejabat Imigresen di seluruh negara.

Kenyataan yang dikeluarkan JIM hari ini merujuk kepada beberapa laporan berita yang mengaitkan dakwaan terdapat segelintir kakitangan jabatan berkenaan terlibat dengan amalan rasuah dan pelanggaran integriti.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh berkata, JIM menyerahkan sepenuhnya siasatan berkaitan dakwaan itu kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Jabatan itu menurutnya sentiasa berhubung, berbincang dan berkongsi maklumat dengan SPRM untuk membantu proses siasatan dengan lebih telus tanpa sebarang gangguan dari pihak luar.

“Jika terdapat pegawai imigresen yang didapati bersalah, jabatan itu tidak akan melindungi pegawai tersebut serta akan mengambil tindakan diperingkat jabatan berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada.”

“JIM juga komited dalam menambah baik Standard Operating Procedure (SOP) untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan juga pelawat asing yang memasuki Malaysia.” katanya.

Loading...
Terkini