comscore
Tumpuan :
Nasional

8 buku disyaki mengandungi unsur komunisme dirampas 

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas lapan buku mengandungi unsur komunisme di premis di Petaling Jaya, Selangor semalam.

KDN dalam kenyataan hari ini berkata, pihaknya menerusi Bahagian Penguatkuasaan dan Kawalan (PK) membuat serbuan selepas menerima maklumat berkaitan penjualan buku berkenaan.

“Penguatkuasa KDN menjalankan pemeriksaan dan merampas lapan buku penerbitan kerana disyaki mengandungi elemen hasil penerbitan tidak diingini berdasarkan peruntukan di bawah Seksyen 7 Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (AMCP).

“Tindakan penahanan penerbitan berkenaan dibuat selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 18 AMCP 1984 yang membolehkan penguatkuasa KDN menahan hasil penerbitan disyaki menyalahi undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, penerbitan yang mengandungi unsur komunisme dikhuatiri boleh menggugat ketenteraman awam, dan menggugat keselamatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan penerbitan tidak diingini diminta menghubungi talian 03-80008000/8889 atau emel [email protected].

Loading...
Terkini