comscore
Tumpuan :
Nasional

Insiden berbalas tembakan di perairan Kunak adalah cubaan rompakan laut – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.- Foto: NSTP

Oleh: Nurul Amalina Zainudin

KUALA LUMPUR: Kejadian berbalas tembakan di perairan Kunak pada pagi Ahad, dipercayai bermotifkan rompakan.

Ia sekaligus menolak dakwaan insiden ada kaitan dengan pihak militan dari negara jiran.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata polis telah mengenalpasti salah seorang suspek dan siasatan masih diteruskan.

“Kita nampak ini sebagai rompakan laut, apabila musim perayaan ini berlaku, mereka nak balik Kunak dari Semporna, perompak laut ini mengambil kesempatan untuk merompak bot-bot yang ada.

“Mereka merompak orang yang balik atau orang yang datang, sebab musim perayaan kan ada yang pergi dan balik

“Mereka memang bersenjata lah, tapi kita nak confirmkan, pihak kita juga akan tingkatkan rondaan bersama APMM,” katanya.

Ujarnya, anggota yang cedera telah dirawat dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam insiden pagi semalam, dua anggota penguatkuasa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Lahad Datu cedera dalam kejadian berbalas tembakan di perairan Kunak.

Ketika kejadian jam 8.40 pagi itu, Bintara Muda Maritim Zainal Abad Komel, 45, cedera di mata kiri manakala seorang lagi kru bot, Laskar Kanan Maritim Prayrie De Cuella Jimin, 35, cedera di kedua belah tangan ketika sedang bergelut membalas tembakan dengan penjenayah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini