comscore
Tumpuan :
Nasional

Isu jemaah terkandas: TH beri komitmen penuh kepada PDRM

PUTRAJAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) akan menyalurkan maklumat yang diperlukan oleh pasukan petugas khas bagi menangani isu jemaah haji terkandas di Makkah dan membanteras isu penipuan pakej haji.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Syed Hamadah Syed Othman berkata, TH akan memberi komitmen penuh kepada Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menyiasat mengikut bidang kuasa dan undang-undang bersesuaian.

Selain diterajui PDRM, katanya, pasukan petugas itu turut disertai pengurusan TH dan pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia dan pihak berkuasa Arab Saudi.

Katanya, isu jemaah haji terkandas, penipuan pakej haji dan kesalahan penggunaan visa membabitkan pelanggaran undang-undang di bawah pihak berkuasa dan agensi yang berbeza-beza.

“Matlamat pasukan petugas khas ini untuk menangani isu berkenaan sebaik mungkin secara bersepadu, sekaligus membantu menghentikan kesalahan dan kes penipuan berkaitan urusan haji di negara ini secara tuntas,” katanya melalui satu kenyataan semalam.

PDRM sebelum ini memaklumkan, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman menubuhkan pasukan petugas khas yang berperanan melakukan siasatan dan tindakan awal terhadap aduan jemaah haji negara ini yang terkandas di Makkah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini