comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Isu pelajar pelatih tak dibayar elaun, Anwar tunggu laporan kementerian

 

KUALA LUMPUR: Kementerian Sumber Manusia (KSM) sedang meneliti laporan berkaitan dakwaan terdapat pelajar pelatih yang tidak dibayar elaun ketika menjalani tempoh latihan industri.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau sedang menunggu laporan berkenaan.

“(Laporan itu) sudah dibawa. KSM sudah ambil. Sekarang ini sudah diangkat dan saya tunggu laporan,” katanya.

Anwar menjawab pertanyaan wartawan mengenai dakwaan terdapat pelajar pelatih yang menjalani latihan industri di kementerian, agensi atau jabatan kerajaan serta syarikat swasta, tidak dibayar elaun.

Beliau turut memaklumkan akan meneliti sebarang cadangan bagi mewujudkan sebuah akta khas untuk melindungi kebajikan pelajar pelatih.

“Insya-Allah bila kertas (cadangan) itu sampai kepada Kementerian Kewangan dan kepada saya, saya akan ambil tindakan yang wajar,” katanya selepas merasmikan Seminar Fikrah Siddiq Fadzil di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Loading...
Terkini