comscore
Tumpuan :
Nasional

Jabatan Peguam Negara kaji badan bebas siasat dakwaan, tuduhan agensi penguatkuasaan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

KUALA LUMPUR: Jabatan Peguam Negara sudah diarahkan mengkaji untuk menubuhkan satu badan bebas sebagai mekanisme bagi menyiasat dakwaan atau tuduhan terhadap semua agensi penguatkuasaan termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata perkara itu penting kerana jika ada sebarang tuduhan, ada badan bebas untuk menyiasatnya.

“Sekarang saya sudah minta Jabatan Peguam Negara mengkaji semua cadangan awal supaya ada mekanisme untuk semua badan penguatkuasaan, kalau ada tuduhan khas untuk pegawai SPRM, Jabatan Imigresen, Kastam atau polis, maka ada badan bebas dalam bentuk sama ada suruhanjaya namun saya belum pasti.

“Tetapi sudah ada arahan kepada Jabatan Peguam Negara untuk kemuka cadangan supaya badan penguatkuasaan ini tak siasat sendiri, tetapi ada badan lain bebas yang akan menyiasat dan perkara ini saya rasa tak terlalu sukar (untuk dilaksanakan),” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Gobind Singh Deo (PH-Damansara) yang meminta sama ada akan wujud satu badan bebas untuk menyiasat pegawai tertinggi seperti SPRM sekiranya ada sebarang pertuduhan atau aduan.

Loading...
Terkini