comscore
Tumpuan :
Nasional

Jaga adab jika tidak mahu dikenakan tindakan – Yang Dipertua Dewan Rakyat

Datuk Johari Abdul.

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen diberi amaran agar tidak menggunakan perkataan berbaur perkauman, menghina dan tidak berparlimen dalam persidangan Dewan jika tidak ingin dikenakan tindakan tegas.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, perkara itu persetujui dalam pertemuan beliau bersama wakil Ahli Parlimen kerajaan dan pembangkang, semalam mengenai perjalanan serta pembaharuan persidangan Dewan Rakyat.

“Saya mengadakan pertemuan dengan Ketua Whip Kerajaan, Ketua Pembangkang, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan dan Ketua Whip Perikatan Nasional (PN).

“Antara yang dipersetujui adalah Ahli Parlimen memberi komitmen yang tinggi untuk mempertahankan Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dalam memastikan perkataan yang berbaur perkauman, menghina dan tidak berparlimen tidak digunakan ahli Yang Berhormat.

“Saya berharap semua Yang Berhormat dapat memberi komitmen, demi menjamin perjalanan Dewan yang berkualiti dan beradab sopan serta menghayati prinsip kelima Rukun Negara, iaitu Kesopanan dan Kesusilaan.

“Justeru, saya dan timbalan Yang Dipertua akan mengambil tindakan tegas berasaskan Peraturan Majlis Mesyuarat jika perkataan yang dimaksudkan itu masih disebut oleh ahli Yang Berhormat di Dewan yang mulia ini,” katanya sebelum sesi perbahasan di Dewan Rakyat, hari ini.-BERITA HARIAN

Loading...
Terkini