comscore
Tumpuan :
Nasional

Nama Ahli Parlimen gagal jalani pemeriksaan kesihatan dipapar Jumaat ini

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul

KUALA LUMPUR: Nama Ahli Parlimen yang gagal menjalani pemeriksaan kesihatan akan dipaparkan pada Jumaat ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul memberitahu setakat ini, seramai 213 ahli Dewan Rakyat dan enam Ahli Dewan Negara serta ahli pentadbiran sudah menjalani pemeriksaan berkenaan.

“Saya ucapkan tahniah kepada semua, namun lapan ahli Dewan Rakyat belum lagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

“Kepada Yang Berhormat yang masih belum menjalani pemeriksaan kesihatan ini, sila buat dengan segera dan hubungi klinik Parlimen. Nama Yang Berhormat yang belum menjalani pemeriksaan kesihatan akan dipaparkan pada 1 Disember ini,” katanya.

Pada 9 Oktober lalu, Johari dilaporkan berkata, Ahli Parlimen boleh melakukan pemeriksaan di mana-mana fasiliti kesihatan, namun rekod kesihatan itu mesti diserahkan kepada Pegawai Kesihatan Parlimen bagi tujuan dokumentasi.

Terdahulu, beliau meningatkan semua ahli Parlimen diwajibkan menjalani pemeriksaan kesihatan segera susulan saranan Kementerian Kesihatan (KKM) supaya pemeriksaan kesihatan secara tetap dibuat demi memastikan tahap kesihatan mereka dalam keadaan baik.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini