comscore
Tumpuan :
Nasional

JAINJ: Jangan buat spekulasi berhubung kes kecurian batu nisan

Antara kubur di Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa Pandan, yang batu nisannya hilang. – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi, berhubung kes kecurian 11 batu nisan di pusara dekat Tanah Perkuburan Islam Mukim Tebrau, Taman Istimewa, Pandan di sini.

Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), Jamaludin A Hamid berkata, tindakan sudah diambil jabatan itu bersama polis bagi melaksanakan siasatan berhubung kehilangan batu nisan berkenaan.

Katanya, JAINJ turut mencadangkan beberapa langkah yang perlu dilakukan pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam terbabit.

“JAINJ mengambil maklum isu terbabit yang menimbulkan spekulasi dan kerisauan dalam kalangan waris dan masyarakat.

“Orang awam diminta bertenang dan tidak membuat sebarang spekulasi dan sebagainya.

“Justeru itu, pihak JAINJ juga mencadangkan langkah yang perlu ditambah baik dan diselenggara oleh Pengurusan Tanah Perkuburan Islam Taman Istimewa, Johor Bahru bagi mencegah perbuatan tidak bertanggungjawab daripada terus berlaku.

“Semua pihak dimohon untuk bertenang dan sabar mengenai perkara ini dan tidak membuat sebarang andaian dan spekulasi sehingga isu ini diselesaikan oleh pihak berwajib,” katanya.

Semalam, media melaporkan kehilangan 11 batu nisan di pusara yang dipercayai berlaku sejak seminggu sebelum sambutan Aidilfitri.

Loading...
Terkini