comscore
Tumpuan :
Mahkamah

Jana Wibawa: Kes Adam Radlan di Shah Alam pindah ke KL

Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad

SHAH ALAM: Kes Timbalan Ketua Bahagian BERSATU Segambut, Adam Radlan Adam Muhammad, di Mahkamah Sesyen di sini dipindahkan ke dua Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berasingan.

Kes di Mahkamah Sesyen di sini membabitkan dua pertuduhan terhadap Adam Adlankerana menerima rasuah RM4.1 juta.

Manakala tiga pertuduhan meminta dan menerima rasuah RM2.5 juta di Mahkamah Kuala Lumpur dengan kesemua berhubung projek Jana Wibawa.

Hakim, Rozilah Salleh memaklumkan tarikh sebutan kes seterusnya di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, 29 Mei ini.

“Jaminan dan syarat tambahan bagi kes di sini dipindahkan ke Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya, Maziah Mohaide, berkata permohonan bagi perbicaraan bersama selepas Adam Radlan berhadapan pertuduhan menerima rasuah RM2 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

“Alasan pertama mahkamah mempunyai kuasa untuk memindahkan kes mengikut Seksyen 104 Akta Mahkamah Rendah 1948. Pihak pendakwaan juga percaya kes di Mahkamah Shah Alam berlanjutan dan berkaitan dengan kes di Mahkamah Kuala Lumpur.

“Ketiga pihak pendakwaan percaya permohonan tidak prejudiskan tertuduh dan dengan rendah diri mohon kes dipindahkan ke Mahkamah Kuala Lumpur,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Fadhly Mohd Zamry, turut membuat permohonan sama susulan ahli perniagaan itu menghadapi pertuduhan menerima rasuah RM2.1 juta di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Peguam bela Adam Radlan, Datuk Seri Rajan Navaratnam, tidak membantah permohonan terbabit.

Loading...
Terkini