comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah 6 beranak dikebumi dalam satu liang lahad

FOTO: NSTP

MUAR: Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan di Jalan Segamat-Kuantan dekat Taman Yayasan, Segamat petang semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Ubudiah, Parit Jawa di sini.

Pasangan suami isteri Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, 43, serta empat anaknya Fatimatulzahrah,17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah,10; dan Muhammad Assyakrawi, 5; dikebumikan dalam satu liang lahad kira-kira 4.50 petang tadi.

Terdahulu suasana hiba menyelubungi perkarangan Masjid Ubuddiah, Parit Limbong, sebaik kenderaan yang membawa jenazah enam beranak itu tiba di sini hari ini.

Enam van jenazah dari Hospital Segamat, tiba di masjid itu pada jam 2.55 petang disambut lebih 1,000 orang termasuklah sanak saudara dan kenalan.

Jenazah kemudian disolatkan dengan diimamkan anak sulung pasangan Allahyarham Amir Ruddin Ismail, 46, dan Norahimah Noor Muhamad, Abdur Rahman, 19.

Suasana bertambah pilu apabila Abdur Rahman dilihat menangis sebaik satu persatu jenazah ahli keluarganya dibawa masuk untuk disembahyangkan.

Abdur Rahman yang memimpin solat jenazah itu kelihatan sebak dan menitiskan air mata menyebabkan suasana ketika itu sayu seketika.

Dalam kejadian jam 6.30 petang, selain Amir Ruddin dan Norahimah, empat lagi anak pasangan itu turut terbunuh iaitu Fatimatulzahrah, 17, Seri Khadijah Aqilah, 13, Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Kemalangan berlaku di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, ketika keluarga terbabit dalam perjalanan menghantar Norahimah di Segamat.

Loading...
Terkini