comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah Awang Askandar dijangka tiba Jumaat ini

GOMBAK: Jenazah pendaki Malaysia Everest 2023 (ME2023), Awang Askandar Ampuan Yaacub dijangka tiba di tanahair, Jumaat ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas), Datuk Armizan Mohd Ali, jenazah sudah dibawa turun ke Everest Base Camp (EBC) dan akan dibawa ke hospital di Kathmandu, Nepal.

“Selepas proses tertentu di hospital, jenazah akan diterbangkan ke Malaysia dan seterusnya dibawa balik ke Kota Kinabalu, Sabah, bagi memenuhi hasrat ahli keluarganya yang mahukan jenazah Allahyarham dikebumikan di kampung beliau sendiri.

“Kita jangkakan jenazah akan tiba di Kota Kinabalu pada Jumaat ini dan kemungkinan jenazah akan dikebumikan pada hari sama atau selewat-lewatnya pada Sabtu di Kampung Benoni, Papar,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Op Ramah Monsun Barat Daya di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini, hari ini.

Allahyarham Awang Askandar meninggal dunia Jumaat lalu selepas berdepan masalah kesihatan pada ketinggian 8,000 meter dari aras laut kira-kira 20 minit untuk menawan puncak Everest.

Loading...
Terkini