comscore
Tumpuan :
Nasional

Jenazah pendaki Malaysia dalam proses bedah siasat – Wisma Putra

Oleh Hilmi Abdul Malik

PETALING JAYA: Jenazah pendaki rakyat Malaysia, Zulkifli Yusof, 37 tahun yang meninggal dunia di pergunungan Denali, Alaska kini berada di hospital tempatan bagi proses bedah siasat.

Wisma Putra menerusi kenyataannya hari ini berkata, kerajaan akan bekerjasama dengan pihak terlibat bagi menyegerakan urusan membawa pulang jenazah ke tanah air.

“Dalam masa yang sama, pihak waris telah membuat keputusan supaya jenazah dibawa pulang ke Malaysia.

“Konsulat Jeneral Malaysia akan meneruskan bantuan konsular yang sewajarnya agar pengurusan dan penghantaran pulang jenazah dapat berjalan dengan lancar,” memetik kenyataan itu hari ini.

Terdahulu, jenazah Allahyarham Zulkifli telah selamat dibawa turun dari gunung berkenaan pada jam 8.30 pagi menerusi bantuan pasukan penyelamat tempatan.

Selasa lalu, Allahyarham dilaporkan terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di gunung berkenaan sewaktu membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu.

Ketika kejadian, dua lagi mangsa, Muhammad Illaham Ishak dan Zainuddin Lot masing-masing yang berusia 47 tahun turut terkandas.

Kedua-dua mereka bagaimanapun berjaya diselamatkan dan kini sedang menjalani rawatan reput fros di salah sebuah hospital di Talkeetna, Alaska.

Sementara itu, wakil Kelab Jelajah Alpine, Norsafrina Shamsir Md Nasir kini turut berada di Talkeetna bagi membantu urusan membawa pulang jenazah serta dua lagi mangsa berkenaan.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini