comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jenazah Wan Muhammad Haikal selamat dikebumikan

BESUT: Jenazah pesilat Terengganu yang meninggal dunia selepas rebah ketika menyertai prapemilihan Sukan Malaysia (SUKMA), di Seremban, selamat dikebumikan malam ini.

Allahyarham Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21, disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selising, di sini, kira-kira jam 10 malam.

Terdahulu, jenazah anak keempat daripada lima beradik itu dibawa ke rumah keluarganya pada jam 8.53 malam.

Jenazah pesilat itu kemudian dibawa ke Masjid Al-Huda untuk disembahyangkan.

Lebih 200 orang termasuk ahli keluarga, rakan dan penduduk kampung hadir pada pengebumian itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini