comscore
Tumpuan :
Nasional

JHEAT siasat kesahihan video tular Tabaruk Tiang Nabi Khidir bersandar di Terengganu

KUALA TERENGGANU: Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) memaklumkan tiada bukti sahih yang mengesahkan sebatang tiang di Surau Tokku Paloh sebagai tempat bersandar Nabi Khidir AS.

Pesuruhjaya JHEAT, M Rozi Bidin berkata, pihaknya masih menyiasat dakwaan itu setelah tular satu video yang bertajuk ‘Tabaruk Tiang Nabi Khidir Bersandar di Terengganu’ yang telah menarik perhatian ramai sejak Ahad lalu.

Sementara  itu, cicit Tokku Paloh, Syarifah Mariam Engku Aziz, 76 tahun, meragui  kesahihan video tersebut.

Katanya kemungkinan video yang tular  kemungkinan telah lama diambil berdasarkan wakaf di hadapan surau dan atap kolah yang sekarang sudah ada, tetapi pada masa penggambaran video tersebut, struktur ini belum wujud.

Dia yang tinggal bersebelahan surau itu semenjak kecil lagi berkata dia sendiri  tidak mengetahui kisah disebalik tiang yang dikatakan tempat bersandar Nabi Khidir.

“Saya tak tahu, tak beranilah dengan dakwaan itu sebab tidak sahih dan saya sendiri pun tidak tahu menahu,” katanya.

Sebelum ini, tular satu video yang memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita berkunjung ke Surau Tok Ku Paloh di Kuala Terengganu.

Beberapa pengunjung dilihat mengusap tiang didakwa menjadi tempat bersandar Nabi Khidir.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini