comscore
Tumpuan :
Jenayah

[VIDEO] JIM kesan dakwaan rasuah 2 pegawai Imigresen Atase Bangladesh dalam pengeluaran visa 

 

KUALA LUMPUR: Penahanan dua pegawai imigresen yang bertugas sebagai atase di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Bangladesh dilakukan hasil perkongsian strategik antara Jabatan Imigresen Malaysia, (JIM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, (SPRM).

Ini selepas Jabatan Imigresen mengesan terdapat dakwaan rasuah melibatkan pengeluaran visa luar negara kepada rakyat negara tersebut untuk memasuki Malaysia.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh dalam satu kenyataan berkata sejurus mengesan kesalahan itu, pihaknya telah mengarahkan kedua-dua mereka kembali ke tanahair untuk membantu siasatan.

Hasil maklumat telah disalurkan kepada SPRM untuk tindakan dan siasatan yang membawa kepada penahanan dua pegawai tersebut.

Tambah beliau, pihaknya telah menyerahkan sepenuhnya kepada SPRM untuk melakukan siasatan dan akan memberikan kerjasama sepenuhnya dengan telus dan adil.

Pihaknya juga tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pegawainya yang melakukan pelanggaran integriti sehingga mencemarkan imej jabatan dan menggugat keselamatan dan kedaulatan negara.

Tindakan tegas juga akan diambil terhadap mana-mana pegawai yang terbukti melakukan kesalahan itu.

Loading...
Terkini