comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] JIM KL sasar tangkap majikan, pihak lindungi PATI

 

Oleh: Juliana Sharin

KUALA LUMPUR: Tidak hanya pendatang asing tanpa izin (PATI) yang diburu malah majikan yang menggaji atau individu yang melindungi mereka juga akan ditangkap.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata tiga kumpulan itu berada dalam radar pihaknya dengan penetapan indeks prestasi utama K-P-I bagi memburu pihak yang terlibat melakukan kesalahan tersebut.

“Setiap kawasan yang telah dikenalpasi sebagai ‘hotsport’ ini, kawasan itu sentiasa dijaga, dipantau dan diperiksa oleh pegawai imigresen. Saya telah tugaskan kepada pegawai-pegawai kanan (supaya) tempat itu dijadikan sebagai anak angkat kepada merekalah. Jadi saya telah tetapkan KPI, mesti turun padang,” katanya.

Beliau ditemui pada Sesi Libat Urus Pengarah Bersama Media Mengenai Operasi Penguatkuasaan di Pejabat JIM Kuala Lumpur malam ini.

Inisiatif itu katanya bagi menangani isu kebanjiran warga asing di 20 ‘hotspot’ di ibu negara seperti Pasar Pudu, Jalan Silang dan Kota Raya.

Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff (tengah, baju cokelat) bergambar bersama wakil media yang hadir pada Sesi Libat Urus Pengarah Bersama Media Mengenai Operasi Penguatkuasaan di Pejabat JIM Kuala Lumpur.

871 operasi dijalankan tahun lalu dengan 2,137 PATI dan 5 majikan ditangkap.

Manakala dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, 243 operasi dilaksanakan dengan 710 PATI dan 44 majikan ditangkap.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini