comscore
Tumpuan :
Nasional

JPJ keluarkan 73,296 notis kesalahan kenderaan komersial

ALOR SETAR: Jabatan Pengangkutan Jalan, JPJ telah mengeluarkan 73,296 notis kepada pihak syarikat, pemilik dan pemandu diatas pelbagai kesalahan.

Jumlah itu direkodkan sepanjang bulan Oktober 2023 menerusi Ops Patuh Khas.

Pengarah kanan penguatkuasa JPJ, Datuk Lokman Jamaan menjelaskan ops itu telah memeriksa dan mengaudit pematuhan ke atas 321,263 kenderaan komersial.

Antara kesalahan yang dikenalpasti termasuk lebih muatan, kesalahan teknikal dan tiada lesen memandu yang sah.

“Rondaan-rondaan terutamanya di lebuh raya sentiasa dijalankan di mana kami akan memberhentikan kesalahan-kesalahannya apabila kami dapat kesan, apabila rondaan-rondaan dijalankan dan kami akan mengambil tindakan tegas terhadap perbuatan-perbuatan mereka yang selalu kadang-kadang suka berada di sebelah kanan dan memandu dengan begitu laju,” ujar beliau selepas menyertai ops khas kenderaan komersial di Jitra malam tadi.

Tambah beliau, tindakan akan diambil mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334), dan Akta Pengangkutan Awam Darat 2010 (Akta 715).

JPJ juga katanya telah menyita sejumlah 705 buah kenderaan dan 16 daripadanya terlibat dalam kesalahan lebihan muatan yang ekstrem.

Justeru, tindakan katanya akan diteruskan bagi melandaikan statistik kemalangan dan kematian akibat nahas jalan raya termasuk mengadakan koloborasi strategik.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini