comscore
Tumpuan :
Nasional

Juh rami-rami nangga Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak 26-28 Januari tuk

KUCHING: Karnival Jom Heboh kembali ke Sarawak selepas kali terakhir diadakan di bandar raya ini 11 tahun lalu.

Kali ini pesta yang akan diadakan di Dataran Perayaan, Kompleks Stadium Sarawak di Petra Jaya selama tiga hari mulai 26 Januari hingga 28 Januari itu dikenali sebagai ‘Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak’.

Karnival itu yang dianjurkan bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak membawa lebih keriangan hiburan berbentuk kekeluargaan kepada pengunjung.

Pelbagai hadiah menarik turut menanti pengunjung di Studio Tonton Drama Sangat (TV3, TV9, Tonton), Studio Jom Heboh, New Straits Times Press (New Straits Times, Berita Harian, Harian Metro), Hot FM dan Vocket.

Di Studio Tonton Drama Sangat misalnya satu pertandingan kostum tradisional kanak-kanak akan diadakan pada 26 Januari, pertandingan tarian tradisional pada 27 Januari dan pertandingan nyanyian tradisional (etnik kreatif) pada 28 Januari.

Yang pasti, reruai ini akan turut dimeriahkan dengan kehadiran pelakon seperti Nabila Razali, Meerqeen, Anna Jobling, Aidit Noh, Sherry Ibrahim, Raden Zaharatul, Atiq Azman dan Trisha Ooi.

Turut hadir, pembaca berita Farah Nabilah Wazer dan Mior Abdul Malek, personaliti TV9 seperti Nur Affizza Azmi, Zaira Sri Zakaria dan Fizo Omar serta artis jemputan Sharifah Shahirah dan Hael Husaini.

Untuk acara kemuncak Konsert Jom Heboh pada 27 dan 28 Januari 2024 pada jam 9 malam, antara barisan penyanyi popular yang akan menghiburkan pengunjung ialah TujuLoca, Kaka Azraff, Liza Hanim, Nizam Laksamana, Aepul Roza, Baby Shima, Khai Bahar, Hael Husaini, Indah Ruhaila, Rahmad Mega dan Rem.

Karnival Jom Heboh Segulai Sejalai Sarawak juga bakal disemarakkan oleh Jom Lokal Jam dimana pengunjung boleh mengetengahkan bakat mereka sama ada menerusi nyanyian, tarian mahupun bermain peralatan muzik.

Bagi penggemar e-sukan, mereka boleh mempamerkan bakat di Jom Esports Championship (JEC) yang telah pun diadakan secara berperingkat mulai 20 Januari lalu.

Pertandingan ini menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM5,000 dan pendaftaran adalah percuma.

Loading...
Terkini