comscore
Tumpuan :
Nasional

Jumlah mangsa banjir di PPS di 4 negeri menurun

Tinjauan banjir di Kampung Kajang Sebidang, Tumpat. FOTO: NSTP

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

PETALING JAYA: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang terus mencatatkan penurunan kepada 14,932 orang  di 60 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat jam 10.40 pagi ini berbanding 17,715 orang di 68 pusat pemindahan petang semalam.

Menurut laporan dikeluarkan aplikasi info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, Kelantan masih mempunyai  jumlah tertinggi mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS iaitu seramai 14,017 mangsa di 40 PPS.

Manakala, di Terengganu 715 mangsa daripada 195 keluarga masih berlindung di pusat pemindahan sementara.

Di Pahang, seramai 145 orang terdiri daripada 40 keluarga ditempatkan di enam PPS.

Bagaimanapun di Johor, hanya 55 mangsa masih berada di dua  pusat pemindahan.

Penduduk terkesan akibat banjir di Kampung Seberang Batu Badak, Segamat, – FOTO: NSTP

Sementara itu, Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) melaporkan,  lima sungai utama di Kelantan berada di paras bahaya.

Selain itu, Sungai Terengganu,  juga berada di paras bahaya setakat jam 6 pagi.

Laporan berkenaan turut menyatakan terdapat 52 jalan ditutup akibat  banjir dan tanah runtuh.

Antara jalan terjejas adalah Jalan Jabi-Bukit Tempurung, Segamat di Johor, Jalan Jeli-Dabong (Kelantan), Jalan Bukit Besi-Dungun (Terengganu) dan Jalan Kuala Lumpur-Bentong (Jalan Lama Bentong) di Pahang.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini