comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Jumlah mangsa banjir 4 negeri mula menurun

Oleh: Amirulhakim Lokman

KUALA LUMPUR: Jumlah keseluruhan mangsa banjir di Kelantan, Terengganu, Johor dan Pahang mencatatkan penurunan kepada 17,715 orang yang ditempatkan di 68 pusat pemindahan sementara (PPS) sejak jam 5.30 petang, berbanding 22,033 orang di 92 PPS tengah hari tadi.

Menurut laporan dikeluarkan aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), di Pahang mangsa banjir yang dipindahkan berkurangan daripada 227 orang kepada 120 orang yang ditempatkan di 6 PPS, di daerah yang terjejas iaitu Maran, Bera dan Temerloh.

Kelantan masih lagi menjadi negeri paling teruk terjejas, namun jumlah mangsa dipindahkan mencatatkan pengurangan kepada 15,923 orang berbanding 19,167 orang tengah hari tadi.

FOTO: NSTP

Mereka ditempatkan di 41 PPS melibatkan daerah Pasir Mas dengan 12,374 orang di 26 PPS, Tumpat dengan 3,007 orang (10 PPS), Kuala Krai 71 orang (3 PPS), manakala di Jeli 79 mangsa (2 PPS).

Keadaan yang sama turut dilaporkan berlaku di Terengganu dengan jumlah mangsa berkurangan kepada 1,461 orang berlindung di 19 PPS, melibatkan daerah Dungun, Hulu Terengganu, Kemaman dan Marang.

Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Johor dengan 55 mangsa daripada 15 keluarga yang ditempatkan di 2 PPS di daerah Segamat.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini