comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kadar baharu SST beri kesan kepada kadar inflasi negara – PM

 

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kadar baharu cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang berkuat kuasa sejak 1 Mac lalu, memberi kesan kepada kadar inflasi negara.

Beliau berkata, keadaan itu bagaimanapun tidak memberi impak ketara apabila kadar inflasi dianggarkan meningkat 0.2 mata peratusan, berdasarkan kajian dilaksanakan Jabatan Statistik (DOSM).

Bagaimanapun katanya, perubahan kadar cukai itu lebih tertumpu kepada aktiviti berkaitan perkhidmatan kemahuan dan aktiviti antara perniagaan yang kurang membabitkan rakyat secara langsung.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, perbelanjaan bagi makanan, minuman serta telekomunikasi tidak dinaikkan dan kekal pada kadar enam peratus, manakala utiliti seperti air dan petrol, kekal tidak dikenakan cukai SST.

Perdana Menteri berkata demikian bagi menjawab soalan Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bertanyakan kesan terhadap kos sara hidup rakyat dan kos pengeluaran industri akibat kenaikan cukai SST dari enam peratus kepada lapan peratus.

Datuk Mohd Shahar juga meminta Perdana Menteri menyatakan jangkaan jumlah tambahan kutipan hasil negara daripada pelaksanaan semua langkah cukai baharu bagi tahun 2024.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini