comscore
Tumpuan :
Nasional

Kadar Pinjaman, Pembiayaan Maybank Akan Dinaikkan Mulai Isnin Depan

FOTO: NSTP

KUALA LUMPUR: Maybank akan melaras naik Kadar Asas Standard, Kadar Asas (BR) dan Kadar Pinjaman Asas (BLR) sebanyak 25 mata asas berkuat kuasa 12 September 2022, berikutan pengumuman kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) hari ini.

Kumpulan perbankan itu dalam kenyataannya berkata, Kadar Asas Standard dan BR Maybank akan dinaikkan daripada 2.25 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun, manakala BLR akan dilaras daripada 5.90 peratus setahun kepada 6.15 setahun.

Begitu juga, katanya Kadar Asas Standard Islam dan Kadar Asas Islam akan dinaikkan sebanyak 25 mata asas daripada 2.25 peratus setahun kepada 2.50 peratus setahun, manakala Kadar Pembiayaan Asas Islam akan dinaikkan daripada 5.90 peratus setahun kepada 6.15 peratus.

“Sehubungan dengan penyelarasan itu, kadar deposit tetap Maybank dan Maybank Islamic juga akan diselaras naik berkuat kuasa 12 September 2022,” katanya.

Semakan terakhir dalam Kadar Asas Maybank adalah pada 8 Julai 2022 apabila ia dinaikkan daripada 2.00 peratus setahun kepada 2.25 peratus setahun berikutan kenaikan OPR dengan kuantum yang sama. – BERITA HARIAN

Loading...
Terkini