comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak lelaki dikhuatiri lemas

FOTO HIASAN

MELAKA: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, dikhuatiri lemas ketika bermain di Pantai Puteri, Tanjung Kling, di sini, hari ini.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 petang tadi, ketika kanak-kanak terbabit pulang dari solat Jumaat.

Saksi kejadian yang juga sepupunya berkata, ketika itu mereka baru pulang solat Jumaat dan singgah di lokasi kejadian bermain di tepi pantai.

“Ketika itu kami sedang bermain di gigi air dan tiba-tiba rakan berjalan ke tepi tebing batu sebelum terjun.

“Tidak lama selepas itu, saya lihat mulutnya berbuih lalu tenggelam. Melihat keadaan itu saya panik sebelum bergegas meminta tolong,” katanya.

Ketika ini, operasi mencari dan menyelamat sedang dijalankan pasukan bomba dan penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) serta dibantu nelayan.

Berita lanjut menyusul.

Loading...
Terkini