comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kanak-kanak lelaki maut dirempuh SUV

PETALING JAYA: Kanak-kanak lelaki berusia empat tahun maut dirempuh sebuah kenderaan SUV ketika melintas jalan di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid, berkata siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 5.30 petang semalam.

Foto: PDRM

Ketika pemandu kenderaan melalui lokasi kejadian, mangsa dikatakan secara tiba-tiba melintas jalan menyebabkan pemandu tidak sempat brek dan terlanggar mangsa.

Pemandu terbabit ditahan untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Loading...
Terkini