comscore
Tumpuan :
Nasional

MCMC Terima 8 Aduan, Perkongsian Lucah ‘Fatin Pauzi’

Gambar hiasan

Oleh Nurul Amalina Zainudin

PETALING JAYA: Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (MCMC) menerima lapan laporan sehingga hari ini berhubung perkongsian-perkongsian intim hubungan suami isteri oleh seorang pemilik akaun Telegram.

Jabatan Komunikasi Korporat MCMC dalam satu kenyataan memaklumkan siasatan sedang dijalankan di bawah Seksyen  233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).

Bagaimanapun Buletin TV3 tidak dimaklumkan sekiranya pihak MCMC telah merakam keterangan daripada mana-mana individu.

Terdahulu, kumpulan Telegram yang menyebar perkongsian lucah mengenai hubungan suami isteri oleh pemilik akaun berkenaan, Fatin Pauzi, mendapat kecaman meluas berikutan tindakan itu yang dianggap luar batas norma masyarakat di negara ini.

Pemilik akaun Telegram berkenaan dikatakan memiliki banyak kumpulan dalam Telegram termasuk akaun “Group Khususi Isteri Batin Idaman Suami” dan “Idea for lingerie” yang kesemuanya telah dipadam.

Kontroversi itu turut mendapat perhatian Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Mohd Na’im Mokhtar yang mengarahkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) membuat laporan kepada MCMC dan meminta Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) mengadakan pertemuan dengan wanita berkenaan memandangkan pelaku menetap di Terengganu.

Loading...
Terkini