comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Belanjawan 2024 Malaysia MADANI

Klik video untuk tonton siaran penuh pembentangan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI oleh Perdana Menteri

Dapatkan berita terkini, komprehensif dan inti pati Belanjawan 2024 dengan klik di sini.


Belanjawan 2024 yang juga merupakan Belanjawan MADANI Kedua menghamparkan tekad dan kesungguhan Kerajaan Perpaduan bagi mengangkat ekonomi negara dan rakyat.

 

Belanjawan ini dibahagikan kepada tiga (3) tumpuan utama iaitu:

PERTAMA: Tatakelola terbaik demi ketangkasan perkhidmatan

KEDUA: Penstrukturan semula ekonomi bagi melonjak pertumbuhan

KETIGA: Peningkatan darjat hidup rakyat

Berikut adalah inti pati Belanjawan 2024 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat, hari ini.

 

  • Malaysia akan lancar tabung kemanusiaan bagi membantu warga Palestin dengan dana sebanyak RM10 juta.

  • Bayaran Insentif RM1,000 turut dipanjangkan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen serta veteran tidak berpencen.

  • Bayaran Insentif juga termasuk kepada lantikan kontrak dan RM1,000 kepada semua Jawatan Utama Sektor Awam melibatkan semua termasuk polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.


  • Kerajaan memperuntukkan RM72 juta bagi memperkukuh ekosistem atlet acara podium. Ini termasuklah RM20 juta di bawah inisiatif Road to Gold sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.

  • Sejumlah RM150 juta disediakan kepada JAKIM untuk menyelenggara dan menaik taraf prasarana institusi pendidikan Islam.

  • Kementerian Pertahanan diperuntukkan RM19.7 bilion.

  • Lebuh Raya Pan Borneo Sarawak siap sepenuhnya tahun hadapan. – PM

  • Kerajaan peruntukan RM1 bilion di bawah Dana Komuniti MADANI (DKM), sediakan geran hingga RM100,000 kepada komuniti.

  • RM250 juta untuk menggantikan dan meluaskan capaian Wi-Fi di semua universiti awam.

  • KKM terima peruntukan RM41.2 bilion, peningkatan terbesar daripada kalangan kementerian.

  • Sebanyak 26 buah sekolah baharu akan mula dibina dengan kos
    keseluruhan projek berjumlah RM2.5 bilion.

  • Sebanyak RM1 bilion pula adalah untuk penyelenggaraan di semua jenis sekolah

  • Kerajaan setuju memberikan diskaun bayaran balik PTPTN bermula 14 Oktober 2023 sehingga 31 Mac 2024:
    • Diskaun 10% atas baki hutang untuk penyelesaian
      penuh pinjaman
    • Diskaun 10% untuk bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki hutang dalam sekali bayaran
    • Diskaun 15% untuk bayaran secara potongan gaji atau debit terus berjadual. 

      Artikel berkaitan: Belanjawan 2024: Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN


  • Program i-Sayang KWSP akan diperluas, Isteri boleh
    pindah 2% caruman KWSP syer pekerja kepada suami.


  • Kadar maksimum STR meningkat kepada RM3,700. Kadar minimum STR belia meningkat kepada RM500.

  • RM2.4 bilion diperuntukkan untuk membina, menyelenggara dan membaik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis, tentera dan bomba.




  • Kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya 750 juta EURO – PM
  • Kerajaan akan menguatkuasakan pelaksanaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024. – PM
  • Kerajaan cadang menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8%, tidak termasuk perkhidmatan makanan dan minuman serta telekomunikasi.- PMArtikel berkaitan: Belanjawan 2024: Cukai yang dipungut antara yang terendah di ASEAN

  • Harga petrol RON95 kita adalah antara termurah di dunia dengan kadar RM2.05 sen seliter – PM

  • Malaysia merupakan negara ketiga tertinggi dunia untuk subsidi petrol.- PM

  • Kerajaan yakin capai pertumbuhan hampir 5.0 peratus dengan pelaksanaan pembaharuan Ekonomi Madani


  • Bayaran khidmat hutang sahaja dijangka mencatat RM46.1 bilion atau 15.2 peratus daripada hasil 2024 – PM

  • Subsidi dan bantuan sosial yang merangkumi 17.4 peratus daripada perbelanjaan mengurus dianggarkan berjumlah RM52.8 bilion – Laporan

3.40 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di bangunan Parlimen pada untuk membentangkan Belanjawan 2024 Malaysia MADANI.

Datuk Seri Anwar yang berbaju melayu bewarna ungu dijadual membentangkan Belanjawan 2024 jam 4 petang ini.

3.13 petang: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertolak dari bangunan Perbendaharaan di Putrajaya ke Parlimen untuk membentangkan Belanjawan 2024.

Artikel berkaitan: Belanjawan 2024: Anwar menuju Parlimen untuk bentang Belanjawan 2024

Loading...
Terkini