comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kanak-kanak maut, kereta masuk gaung

 

 

Oleh Fazli Ahmad

MUADZAM SHAH : Seorang Kanak-kanak lelaki 12 tahun maut selepas kereta dinaiki bersama keluarganya terjunam ke gaung sedalam dua meter di Lebuh Raya Bahau-Keratong dekat Bandar Melati 15, dekat sini awal pagi tadi.

Mangsa Muhammad Raziq Ramli berasal dari Felda Keratong 6.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Zulfadli Zakaria berkata, pemandu dan dua lagi penumpang Perodua Myvi itu dilaporkan tidak cedera.

Katanya, bomba menerima laporan mengenai kemalangan itu pada jam 3.20 pagi.

“Lapan anggota  dari Balai Bomba Muadzam Shah bergegas ke lokasi kejadian. Sebaik tiba,  dapati sebuah kereta jenis Perodua Myvi dipercayai  terbabas ke dalam gaung sedalam kira-kira dua meter,” katanya dalam satu kenyataan  hari ini.

Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada  polis untuk tindakan lanjut.

Loading...
Terkini