comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Nahas dua kenderaan: seorang maut, empat cedera

 

Oleh Fazli Ahmad

JENGKA: Seorang lelaki maut dan empat cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Jengka, dekat sini petang tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan jalan raya di Jalan Jengka Enam dan Jengka Tiga kira-kira jam 7.19 petang tadi.

Justeru sembilan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima laporan.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi kejadian, komander operasi melaporkan berlaku kemalangan membabitkan sebuah pacuan empat roda, Mitsubishi Triton dan Toyata Yaris.

“Akibat kemalangan itu, pemandu kereta terbabit tersepit dalam kenderaan dan meninggal di tempat kejadian manakala pemandu dan tiga penumpang pacuan empat roda tercedera, katanya menerusi kenyataan media di sini hari ini.

Identiti simati belum diperolehi dan mayat dihantar ke Hospital Jengka untuk bedah siasat.

Semua mangsa tercedera turut dikejarkan ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

Difahamkan ketika kejadian, pacuan empat roda terbabit dalam perjalanan dari arah Bandar Pusat Jengka ke Maran manakala Toyata Yaris dari arah bertentangan.

Loading...
Terkini