comscore
Tumpuan :
Nasional

Kanak-kanak perempuan 14 tahun hilang

PETALING JAYA-Seorang kanak-kanak perempuan berusia 14 tahun dilapor hilang di Petaling Jaya, Selangor sejak pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata kali terakhir kanak-kanak berkenaan dilihat di rumah di Flora Damansara, Damansara Perdana jam 6.55 pagi semalam.

Tambah beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan mangsa jam 9.22 pagi semalam.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi mana-mana balai polis berdekatan atau meghubungi Pegawai Penyiasat ASP Amir Hakimi Zakaria di talian 012-3783178 bagi membantu siasatan.

Loading...
Terkini