comscore
Tumpuan :
Nasional

Keadaan Faisal stabil tetapi membimbangkan – Dr Johan Kamal 

Foto fail

PETALING JAYA: Keadaan pemain bola sepak kebangsaan dan Selangor FC, Faisal Halim yang mengalami kecederaan beberapa bahagian badan termasuk muka kini stabil namun masih membimbangkan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor FC, Dr Johan Kamal Hamidon menerusi satu kenyataan memaklumkan, pemain Selangor FC itu disahkan mengalami kelecuran tahap 4 dan beberapa siri pembedahan akan dilakukan dalam masa terdekat bagi memulihkan keadaan beliau.

“Faisal akan menjalani beberapa siri pembedahan dalam masa terdekat ini”

“Beliau berada dalam keadaan stabil tetapi membimbangkan dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU)”

Dr Johan juga memaklumkan, beliau mohon semua pihak untuk mendoakan semoga pembedahan beliau berjalan dengan baik dan memberikan privasi buat Faisal dan keluarga.

Disamping itu, Selangor FC juga juga telah meningkatkan tahap keselamatan pemain, pegawai pasukan dan seluruh staf SFC susulan ugutan yang diterima oleh Dr Johan.

Sementara itu, usaha Buletin TV3 bagi mendapatkan reaksi daripada ahli keluarga ataupun kenalan Faisal menemui jalan buntu apabila kawalan ketat dilakukan oleh pihak hospital swasta di bandar Shah Alam.

Tinjauan pada petang tadi juga mendapati tiada sebarang pergerakan keluar masuk melibatkan ahli keluarga, kenalan mahupun pihak pengurusan Selangor FC di hospital berkenaan.

Terdahulu, media tempatan melaporkan insiden membabitkan pemain kebangsaan itu yang cedera dipercayai disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara.

Kejadian itu menyebabkan Faisal cedera di beberapa bahagian badan termasuk mukanya dan kini dirawat di sebuah hospital di Shah Alam.

Faisal yang juga tonggak Selangor FC dilaporkan sudah selesai menjalani pembedahan pertama di sebuah hospital di Shah Alam.

Kondisi kesihatan Faisal yang juga nadi kepada Selangor FC semakin membimbangkan apabila dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menjalani pembedahan itu.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini