comscore
Tumpuan :
Nasional

Kebakaran Kilang: Unsur Volatile Compound dalam pelarut cat boleh tersebar melalui asap kebakaran – Pakar 

Penyelidik Bersekutu Pusat Laser Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Penyelidikan dalam gas spektroskopi dan VOCs), Prof Madya Dr Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim.

PETALING JAYA: Kebakaran kilang pembuatan cat di Meru hari ini dikhuatiri boleh membawa kepada ancaman keselamatan kesihatan penduduk sekitar.

Menurut Penyelidik Bersekutu Pusat Laser Universiti Teknologi Malaysia (UTM) (Penyelidikan dalam gas spektroskopi dan VOCs), Prof Madya Dr Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim, lebih membimbangkan apabila bahan kimia tersebar melalui asap kebakaran.

“Untuk kes kebakaran di Meru pagi tadi kita boleh lihat cat digunakan, satu berasasakan solvent (pelarut), satu lagi berasaskan air. Biasa digunakan berasaskan solvent dia akan menghasilkan cat lebih tahan cuaca, tahan calar dan warna lebih cantik.

“Cuma berasaskan solvent dia akan mengandungi Volatile Compound, termasuk Xylene, Toulene malah boleh juga Benzene dan juga turpetin iaitu salah satu penting sebagai pencair dalam cat tersebut,” jelasnya ketika dihubungi Buletin TV3.

Sekiranya tersebar ujarnya, satu tindakan yang lebih proaktif menerusi kajian perlu dilakukan pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku kepada penduduk sekitar.

“Bila berlaku kebakaran, kita ada unsur volatile compound ini boleh tersebar dengan asap kebakaran dan ini sebenarnya akan memberi kesan kepada kesihatan penduduk sekitar.

“Kalau hujan dia (bahan kimia) akan turun dan mencemar sistem saliran air, jadi pada pandangan saya satu kajian selepas kebakaran ini perlu dibuat memastikan penduduk setempat bebas daripada pencemaran disebabkan kebakaran kilang tadi,” katanya lagi.

Terdahulu, dua buah kilang cat di Taman Perindustrian Meru, Kapar, Selangor musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 6.34 pagi.

Seramai 39 pegawai dan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kapar, BBP Bukit Jelutong, BBP Andalas, BBP Pelabuhan Klang, BBP Shah Alam dan BBP Rawang segera dikejarkan ke lokasi dan difahamkan sehingga kini kerja-kerja pemadaman hampir selesai.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini