comscore
Tumpuan :
Nasional

Pencarian kotak hitam helikopter maritim sukar akibat arus deras, dasar laut berlumpur

Pencarian kotak hitam helikopter maritim sukar akibat arus deras, dasar laut berlumpur – FOTO: Maritim Malaysia

KUALA SELANGOR: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) berdepan kesukaran mengesan kotak hitam helikopter jenis AW139 yang melakukan pendaratan cemas di Pulau Angsa, di sini, pada 5 Mac lalu, disebabkan keadaan semasa di lokasi kejadian.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Hamid Mohd Amin berkata, ini kerana 21 penyelam agensi itu yang terbabit dalam pencarian memaklumkan keadaan arus deras di dasar laut, selain jarak penglihatan dalam air terhad akibat dasar laut berlumpur.

FOTO: Maritim Malaysia

Katanya, pencarian yang memasuki fasa kedua memfokuskan keluasan lokasi kotak hitam antara 50 sehingga 100 meter radius berpandukan signal daripada ‘pinger’.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada Pusat Hidrografi Nasional (PHN) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kotak hitam berkenaan dipercayai berada di sekitar 700 hingga 800 meter dari kawasan pendaratan cemas helikopter itu.

FOTO: Maritim Malaysia

Maritim Malaysia bagaimanapun positif akan menjumpainya dalam masa terdekat berdasarkan kedudukan terkini dikesan,” katanya melalui kenyataan, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini