comscore
Tumpuan :
Nasional

Kedah umum 25 Januari cuti peristiwa sempena Thaipusam

Oleh: Kumaran Rajamoney

ALOR SETAR: Kerajaan Negeri Kedah mengumumkan 25 Januari ini sebagai cuti peristiwa negeri sempena perayaan Thaipusam.

Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, perkara tersebut diputuskan dalam mesyuarat exco pada hari ini.

“Pemberian cuti peristiwa ini bertujuan untuk memberikan kemudahan kepada penganut Hindu di negeri ini untuk meraikan hari kebesaran agama mereka bersama keluarga.”

“Kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa ini juga diharap dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya untuk bersama keluarga,” katanya kepada pemberita di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau turut berharap kepada yang bukan beragama Hindu, pemberian cuti peristiwa itu dapat memberikan mereka manfaat yang sebaik-baiknya.

Loading...
Terkini