comscore
Tumpuan :
Nasional

Kelantan tubuh jawatankuasa khas kaji pembatalan 16 seksyen Kanun Jenayah Syariah (I) 2019

Mohamed Fadzli (tengah) bersama sebahagian penerima sumbangan pada Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Petronas malam tadi. – FOTO: NSTP

KOTA BHARU: Kerajaan negeri sudah menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah bagi mengkaji semula 16 seksyen dalam Kanun Jenayah Syariah (I) 2019 yang dibatalkan Mahkamah Persekutuan pada bulan lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan, berkata ahli jawatankuasa yang dilantik itu akan bersidang bagi membincangkan isu berkenaan selepas Ramadan ini.

“Kita baru menubuhkan Jawatankuasa Khas Pertahan Enakmen Kanun Jenayah Syariah dan melantik ahlinya…kita akan melihat bagaimana untuk menilai keadaan semasa berhubung perkara ini.

“Setakat, ini ahli jawatan kuasa itu masih belum bersidang sebab bulan puasa, mungkin selepas ini,” katanya selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan kurang bernasib baik sempena Program Memacu Kehidupan: Hari Raya Aidilfitri anjuran Yayasan Petronas di sini, malam tadi.

Media sebelum ini melaporkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan meluluskan usul persendirian bagi memartabatkan semula Enakmen Kanun Jenayah Syariah selepas 16 seksyen dibatalkan Mahkamah Persekutuan.

Pada 9 Februari lalu, Mahkamah Persekutuan memutuskan 16 seksyen mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah batal dan tidak sah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini