comscore
Tumpuan :
Nasional

Kematian Dea Maisarah : ‘Kita tunggu laporan polis’ – Zaliha

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa (tengah) merasmikan Program Madani Afiat dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang UEPE, Taman Ria Jaya. Sungai Petani, Kedah

SUNGAI PETANI: Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu laporan polis berhubung kematian seorang kanak-kanak perempuan 10 tahun yang didakwa akibat kecuaian pihak Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di Klang, Selangor baru-baru ini.

Menterinya, Dr Zaliha Mustafa berkata, semua pihak perlu bertenang kerana siasatan sedang dilakukan bagi mengetahui punca kejadian.

Jelas beliau, pihaknya juga perlu mendapatkan maklumat terperinci sebelum dapat mengulas lanjut berhubung perkara itu.

“Saya tak nak cakap lebih-lebih kerana kes itu sudah menjadi kes polis sebelum tindakan dilakukan,” katanya pada sidang media Program Madani Afiat dan Majlis Perasmian Sambutan Hari Malaria Sedunia Peringkat Kebangsaan 2023 di Padang UEPE, Taman Ria jaya, di sini hari ini.

Artikel berkaitan: “Anak saya meronta-ronta, ayah tolong lepaskan saya” -Bapa Dea Maisarah

Dr Zaliha turut menasihatkan semua pihak mendengar perkara sebenar daripada pihak yang terbabit contohnya Pengarah Kesihatan Negeri dan sebagainya sebelum menularkan di media sosial.

“Saya minta masyarakat lebih berhati-hati dan mendapatkan sumber yang betul serta jangan menyebarkan perkara tidak baik terutama di media sosial,” katanya.

Artikel berkaitan: Kematian Dea Maisarah, polis siasat hospital dan penjaga

Media sebelum ini melaporkan kematian Dea Maisarah Bada ketika mendapatkan rawatan di HTAR.

Menerusi rakaman video di TikTok @catloverscatlovers, Bada Hussein, menjelaskan kronologi mengenai apa yang berlaku ke atas anaknya yang berusia 10 tahun pada hari kejadian.

Loading...
Terkini