comscore
Tumpuan :
Nasional

Kempen calon PN Iskandar Puteri disekat, hanya salah faham

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat

JOHOR BAHRU: Tiada permit dikenakan terhadap mana-mana-parti politik untuk pelaksanaan ‘walkabout’ sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Umum ke -15 (PRU15).

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, dakwaan sesetengah parti politik di negeri ini berhubung permohonan permit itu hanyalah salah faham.

“Tiada permit, ini salah faham, walkabout boleh dibuat cuma perlu maklum kepada polis dan kita akan atur sebab kita tidak mahu ada pertembungan ( antara parti di lokasi walkabout yang sama).

“Tiada masalah hendak laksana walkabout, polis mahu memudah cara dan mengelakkan daripada provokasi,” katanya ketika dihubungi.

Beliau mengulas dakwaan calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Iskandar Puteri, Jashen Tan yang tidak dibenarkan menerusi ‘walkabout’ di sekitar kawasannya.

Justeru, satu laporan polis dibuat wakilnya, Mansor Zailani di Ibu Pejabat Polis daerah Johor Bahru Utara (JBU) pada jam 11.17 pagi tadi.

Loading...
Terkini