comscore
Tumpuan :
Nasional

Keputusan Mahkamah Rayuan Belanda bukti kumpulan Sulu tidak mempunyai locus standi

FOTO: NSTP

Oleh: Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Penolakan Mahkamah Rayuan The Hague Belanda terhadap permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu membuktikan bahawa kumpulan terbabit tidak mempunyai locus standi.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor yang menyambut baik keputusan itu sekali lagi menegaskan bahawa keputusan itu mengesahkan pendirian kerajaan negeri Sabah yang tidak mengiktiraf tuntutan berkenaan.

Artikel berkaitan: Mahkamah The Hague tolak tuntutan Kumpulan Sulu

“Sabah berkongsi keyakinan Kerajaan Persekutuan seperti yang dinyatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia hampir untuk membatalkan sepenuhnya anugerah itu selepas keputusan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hajiji mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan atas tindakan tegas untuk berdiri teguh bagi melindungi kedaulatan Malaysia.

Kerajaan Negeri Sabah ujarnya akan terus bekerjasama rapat dengan Kerajaan Persekutuan sehingga apa yang dipanggil Tuntutan Sabah dibatalkan.

Artikel berkaitan: Malaysia alu-alukan keputusan Mahkamah Rayuan The Hague

Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda pada Selasa menolak permohonan kumpulan Sulu untuk mengiktiraf dan menguatkuasakan award akhir timbang tara sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) di negara itu.

Keputusan itu diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, semasa dalam lawatan rasmi dua hari ke Laos bermula semalam, sebelum beliau berlepas pulang ke tanah air.

Award itu telah diberikan oleh penimbang tara Sepanyol Dr Gonzalo Stampa pada 28 Februari 2022 kepada lapan individu yang mengaku sebagai waris Kesultanan Sulu.

Dalam usaha mereka untuk menguatkuasakan award itu, kumpulan Sulu terbabit telah dilaporkan cuba menyita aset PETRONAS di Luxembourg dan Belanda selain menyasarkan aset diplomatik Malaysia di Perancis (termasuk sebahagian daripada kedutaannya
di negara itu).

Loading...
Terkini