comscore
Tumpuan :
Nasional

Keputusan Mahkamah Rayuan Paris buktikan tuntutan ke atas Sabah tiada merit – Hajiji

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor. – FOTO: NSTP

Oleh Safwan Sawi

KOTA KINABALU: Keputusan Mahkamah Rayuan Paris untuk mengekalkan cabaran Malaysia terhadap penghakiman timbang tara waris Sulu membuktikan pendirian Kerajaan Sabah selama ini, bahawa tuntutan ke atas Sabah tidak mempunyai merit.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyifatkan kemenangan kes mahkamah itu juga mengukuhkan lagi kedudukan Sabah dalam Persekutuan Malaysia.

Tambahnya, rakyat Sabah memilih untuk bersama-sama membentuk Persekutuan Malaysia melalui Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), justeru sebarang tuntutan luar terhadap negeri itu tidak akan diiktiraf  rakyat.

“Kerajaan negeri Sabah menyambut baik keputusan itu dan berharap Kerajaan Malaysia akan mengambil semua tindakan sewajarnya untuk menamatkan tuntutan itu untuk selama-lamanya.

“Sabah, melalui jabatan Peguam Negara, akan terus memainkan peranannya bersama Peguam Negara Persekutuan dalam menangani kes itu,” katanya dalam kenyatan media hari ini.

Semalam, Mahkamah Rayuan Paris mengekalkan keputusan menolak penguatkuasaan ‘Partial Award’ kepada kumpulan mendakwa sebagai waris Sulu yang sebelum itu diputuskan penimbang tara Dr Gonzalo Stampa pada 2020.

Keputusan itu memberikan kemenangan muktamad kepada Malaysia untuk menegakkan undang-undang sekali gus menolak tuntutan tidak masuk akal dikemukakan Kumpulan Sulu.

Loading...
Terkini