comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerajaan negeri Sarawak jamin bekalan makanan mencukupi

KUCHING: Kerajaan negeri Sarawak memberi jaminan bekalan makanan mencukupi sehingga musim perayaan.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kerajaan juga akan memastikan bekalan makanan akan dapat dihantar ke seluruh negeri terutamanya di kawasan pedalaman.

Tambah beliau, Ketua Menteri sebelum ini telah meluluskan peruntukan berjumlah RM16.4 juta untuk tujuan membekalkan makanan asas kepada golongan sasar di seluruh negeri. 

Menurut beliau, golongan sasaran akan ditentukan Jawatankuasa Bencana di setiap bahagian dengan kerjasama agensi-agensi kerajaan, pusat khidmat ADUN serta pihak badan bukan kerajaan NGO.

Bagi penghantaran makanan di kawasan pedalaman, kerajaan akan menggunakan semua sumber yang ada termasuk pengangkutan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pihak Bomba.

Loading...
Terkini