comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kerajaan tumpu stabilkan politik, pembangunan ekonomi, tingkatkan pelaburan dan mutu pendidikan – PM

 

PUTRAJAYA: Kerajaan Perpaduan akan terus fokus dalam menstabilkan politik, pembangunan ekonomi negara, meningkatkan pelaburan dan mutu pendidikan rakyat.

Jaminan itu diberikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkata kabinet sedia ada perlu mengutamakan keselesaan yang akan dinikmati rakyat, sekali gus menjadi ukuran sebenar pencapaian Kerajaan Perpaduan.

Beliau berkata demikian dalam Wawancara Khas Setahun Bersama Kerajaan Madani: Tiwikrama Perdana Menteri yang disiarkan secara langsung di TV3.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, Jemaah Menteri perlu berusaha sedaya upaya untuk memberi khidmat terbaik kepada semua lapisan masyarakat di negara ini.

“Kadang-kadang apabila jadi pemimpin, semuanya (rasa) terbaik. Sistem pendidikan semuanya nombor satu, kesihatan…terbaik. Kita dengar dulu, tetapi sebenarnya bila lihat kenyataan, tandas pun tak dapat dibaiki. Sekolah pun banyak yang robek.”

Jelasnya, sesuatu reformasi itu perlu tapi perlu dipilih dan dilaksanakan dengan teliti dan bijaksana termasuk dalam melaksanakan perubahan dalam sistem pentadbiran sedia ada.

Beliau juga sedia menerima pelbagai kritikan konstruktif terhadap pentadbirannya selagi ianya berlandaskan kebenaran dan berniat mahu memperbaiki kepincangan sedia ada.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini