comscore
Tumpuan :
Nasional

Kerjasama dua-hala Malaysia-China bukan ‘perangkap hutang’

Anthony Loke (berdiri tiga kiri) bersama Liew Chin Tong (berdiri dua kiri), Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (berdiri empat kiri) dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Wilayah Autonomi Guangxi Zhuang, China Liu Ning (berdiri tengah) menyaksikan majlis menandatangani MOU pada majlis ‘Tahun Melabur di China’ (Menyambut baik ASEAN) dan Sambutan Ulang Tahun Ke-10 Penubuhan Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di bawah China-Malaysia ‘Dua Negara, Taman Berkembar’ – FOTO: NSTP

KUANTAN: Projek berskala besar yang dibiayai China di negara ini perlu dilihat sebagai kerjasama dua hala yang strategik dan bukan sebagai ‘perangkap hutang’.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, setiap projek yang dilaksanakan mempunyai kepentingan atau kelebihan dan kerajaan perlu memaksimumkan nilai pulangan projek berkenaan.

“Inisiatif Jalur dan Jalan (BRI) adalah satu model pembangunan dan dasar luar China yang menyediakan peluang kepada negara membangun untuk bekerjasama dengan mereka dalam membangunkan projek infrastruktur dan mereka mempunyai kemampuan untuk memberikan pembiayaan kewangan.

“Namun itu adalah satu pilihan kepada mana-mana kerajaan dan sekiranya sesuatu perjanjian itu telah ditandatangani, itu komitmen yang perlu diambil tanggungjawab.

“Yang pentingnya ialah kita maksimumkan nilai sesuatu projek untuk pembangunan negara,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Sambutan Ulang Tahun ke-10 Taman Indistri Malaysia–China Kuantan (MCKIP), di sini, hari ini.

Turut hadir pada majlis berkenaan Menteri Besar Pahang, Wan Rosdy Wan Ismail dan Setiausaha Jawatankuasa Guangxi dan Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Guangxi, China, Liu Ning.

Beliau berkata, projek infrastruktur yang dilaksanakan itu penting namun kerajaan perlu bijak dalam menguruskannya supaya berdaya maju.

Antara projek berskala besar yang dibangunkan kerajaan dengan kerjasama China termasuk Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL), Taman Perindustrian Malaysia – China Kuantan (MCKIP) dan Terminal Laut Dalam Pelabuhan Kuantan.

Loading...
Terkini