comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes aktif COVID-19 di Malaysia tinggal 26,903

KUALA LUMPUR: Jumlah seminggu kes harian baharu COVID-19 (19 Nov-25 Nov 2022) susut sekitar tujuh peratus kepada 18,158 kes berbanding 19,515 kes untuk tempoh yang sama (12 Nov-18 Nov 2022).

Angka kes baharu COVID-19 di Malaysia kekal bawah paras 4,000 dan semalam, sebanyak 3,024 kes harian baharu COVID-19 dilaporkan termasuk lapan kes kematian dan tujuh kes import.

Jumlah kes aktif COVID-19, menurut data Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KKMNOW dikemaskini 11.59 malam 25 November 2022 adalah sebanyak 26,903 kes dan daripada jumlah itu, 24,752 kes (92 peratus) dikuarantin di rumah.

Untuk rekod, 56 kes kematian dilaporkan untuk tempoh seminggu Rangkuman Mingguan Bernama ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian negara akibat COVID-19 sebanyak 36,644 kes.

Negeri Selangor mendahului negeri-negeri lain dengan kes empat angka iaitu sebanyak 1,069 kes, diikuti Melaka (268), Sabah (266), WP Kuala Lumpur (223), Pulau Pinang (178), Sarawak (145), WP Putrajaya (140), Perak (132), Kedah (126), Kelantan (114), Negeri Sembilan (106) dan Pahang (102).

Kes dua angka dilaporkan di Terengganu (72), Johor (49) dan WP Labuan (27) sementara Perlis mencatat kes satu angka (7).

Untuk bulan November 2022 setakat ini, angka kes harian melepasi paras 4,000 hanya pada 3 Nov (4,711), 4 Nov (4,360) dan 5 Nov (4,621). Kali terakhir negara mencatat kes 4,000 ialah pada 14 Ogos 2022 sebanyak 4,071 kes. Kes terendah dicatat pada 20 November (1,633). Peningkatan kes harian baharu COVID-19 negara dikaitkan dengan penularan subvarian Omicron XBB.

Sebanyak 2,969 kes sembuh pesakit COVID-19 diaporkan semalam, menjadikan kumulatif kes sembuh negara setakat ini 4,917,827 kes.-BERNAMA

Loading...
Terkini