comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes seleweng zakat RM9.62 juta, suspek kutip bayaran ‘online’

IPOH: Suami isteri yang ditahan berhubung siasatan penyelewengan kutipan zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak (MAIPk) berjumlah RM9.62 juta, menjalankan transaksi kutipan secara dalam talian.

Pasangan terbabit yang berusia 50 dan 53 tahun itu ditangkap di Kuala Lumpur jam 12.35 tengah hari semalam dan kini direman tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Januari mengikut Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, berkata tangkapan yang dibuat Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman bersama JSJK Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak itu mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan iaitu kerana jenayah pecah amanah.

“Talian sahaja,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Semalam, Mohd Yusri berkata pasangan suami isteri yang ditangkap itu berperanan sebagai ejen kutipan zakat dan bukan kakitangan mana-mana pusat pungutan zakat di negara ini.

Khamis lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf mendedahkan penyelewengan terbabit.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini