comscore
Tumpuan :
Nasional

Kes tembakan di KLIA, pengawal peribadi jalani pembedahan 

KUALA LUMPUR: Pengawal peribadi, Muhammmad Nur Hadith, yang ditembak di Balai Ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, menjalani pembedahan di Hospital Cyberjaya, jam 11.30 pagi tadi.

Siti Noraida Hassan, 38, memaklumkan setakat ini proses pembedahan belum selesai.

“Belum, dari 11.30 pagi,” itu maklum balas Siti Noraida yang dihubungi Buletin TV3 hari ini.

Dalam insiden kira-kira jam 1.20 pagi kelmarin, seorang lelaki didakwa melepaskan tembakan ke arah isterinya yang dipercayai sedang menunggu kepulangan jemaah umrah di tempat kejadian.

Bagaimanapun, tembakan itu terkena Muhammmad Nur Hadith yang juga pengawal peribadi isteri suspek.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, dilaporkan berkata kejadian itu adalah bersifat peribadi dan tidak berkaitan dengan sebarang aktiviti keganasan.

Loading...
Terkini