BATU PAHAT: Polis membuka dua kertas siasatan berkaitan laporan polis dibuat kakak kepada Bella, Norhisham Samsusah, 36, selepas mendakwa menerima ugutan daripada individu dikenali, baru-baru ini.
Dua siasatan dibuka mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah, berkata laporan dibuat Norhisham di Balai Polis Majidee dua hari lalu dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat sudah menjalankan siasatan itu.
“Kita merekodkan keterangan daripadanya untuk membolehkan polis melengkapkan siasatan terbabit, termasuk mengenal pasti individu yang didakwa menghantar ugutan terbabit,” katanya ketika ditemui selepas pemeriksaan di kilang mengedar stoking tertera kalimah Allah, di Sri Gading, hari ini.

Semalam, Norhisham atau lebih dikenali Ayu berkata, dia terpaksa membuat laporan polis selepas menerima dua tangkap layar yang mempunyai unsur ugutan.
Difahamkan, ugutan itu disyaki ada kaitan dengan kes pembunuhan Bella atau Mila Sharmila serta tahanan reman Ayu berkaitan pendedahan gambar kanak-kanak.
Dia menerima dua tangkap layar itu daripada orang awam yang tidak kenali selain memintanya berhati-hati.
Justeru, tindakannya membuat laporan polis adalah jalan terbaik kerana bimbang keselamatannya dan keluarga serta anak-anak Bella.
Sementara itu, Ayu berkata, bermula sekarang, mereka sekeluarga perlu berhati-hati sekiranya berada di luar rumah.
“Saya dinasihatkan peguam agar berhati-hati kerana sudah tentu ada pihak menyimpan dendam terhadap kami atas jenayah dilakukannya,” katanya.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Kakak Bella buat laporan polis, dakwa kena ugut
- [VIDEO] ‘Kami jumpa tulang bersepah-sepah’
- Penemuan sebahagian lagi rangka Bella – Kakak
- [VIDEO] Polis siasat penemuan tulang manusia berhampiran rangka Bella di Tongkang Pechah
- Ahli keluarga Bella dinasihat hormati prosiding mahkamah – Polis
- Anak arwah Bella tanya tertuduh di mana ibunya
- Ujian DNA: Rangka manusia sah Bella