comscore
Tumpuan :
Nasional

Kestabilan politik, dasar ekonomi jelas, tarik pelabur ke Malaysia – PM

KUALA LUMPUR: Kestabilan politik, dasar ekonomi MADANI yang jelas dan langkah memudahkan perniagaan antara faktor yang menarik pelabur datang ke negara ini, sehingga mampu mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi diluluskan dalam sejarah negara tahun lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kejayaan itu membabitkan sumbangan semua jentera kerajaan, diterajui Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) dan Kementerian Luar, yang bukan hanya mampu dicapai dengan beberapa kunjungan ke negara luar.

“Pelabur, sama ada domestik atau asing, apabila mereka nak datang, mereka nak tengok jelas atau tidak (dasar). Kita ada pelan perindustrian, transisi tenaga, transformasi digital dan program keselamatan makanan yang jelas.

“Mereka tahu sebelum bertemu kita, beberapa kerangka kebijakan ekonomi yang kita jelaskan.

“Selain itu, ia juga disumbang kepantasan kelulusan yang mendapat teguran sebelum ini, sama ada di peringkat Persekutuan, negeri dan perbandaran. Di peringkat Persekutuan, kita tumpukan satu agensi di MITI untuk menyelaraskannya,” katanya pada waktu pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini