comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM cadang wujudkan garis panduan hidangan minuman bergula di majlis kerajaan

Lukanisman Awang Sauni
Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni

Oleh: Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) bercadang untuk mewujudkan garis panduan hidangan minuman bergula dalam majlis rasmi kerajaan.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, perkara itu bagi mengurangkan risiko penyakit kencing manis.

“Cadangan tersebut untuk air bergula, air kosong baik untuk kesihatan tapi air gula tinggi kita akan cuba untuk memberikan garis panduan.

“Ketika ini kita pun turut mengadakan kempen cukup satu sudu teh pengambilan minuman dan juga kebaikan mengurangkan kadar gula sangat sangat baik jaga kesihatan kita.” katanya di Dewan Negara.

Perkara itu disuarakan Senator Datuk Dr Nuing Jeluing memandangkan rekod pesakit diabetes kini meningkat.

Tambahnya, kerajaan turut melihat keperluan untuk meletakkan label kandungan gula di setiap makanan yang dibeli di pasaran.

Beliau turut mengulas mengenai isu individu yang tidak sedar mempunyai penyakit kencing manis.

Sebagai langkah mengatasi perkara itu, pihaknya berusaha menjalankan kempen saringan kesihatan.

Tahun ini KKM mensasarkan 1.5 juta individu untuk berbuat demikian dan setakat November lalu ia direkodkan berada pada tahap 92%.

Loading...
Terkini