comscore
Tumpuan :
Nasional

KKM kenal pasti tiga kluster baharu

KUALA LUMPUR: Tiga kluster baharu dikenal pasti iaitu kluster Bukit Bintang, kluster Tapak Pembinaan Kuching dan kluster Kondominium Hulu Langat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata kluster Bukit Bintang sudah menjangkiti 10 individu membabitkan warga asing dan tempatan.

Katanya, kluster Tapak Pembinaan Kuching pula mula dikesan apabila individu ketiga yang dijangkiti virus berkenaan membuat saringan COVID-19 di sebuah klinik swasta dan disahkan positif pada 16 Jun lalu.

“Setakat ini seramai 426 kontak sudah dikenal pasti di mana 62 individu didapati negatif COVID-19 dan 34 individu lagi masih menunggu keputusan. Punca jangkitan adalah masih dalam siasatan.

“Bagi kluster Kondominium di Hulu Langat pula, indeks kes bagi kluster ini adalah seorang pelajar pusat tahfiz yang dikesan positif ketika saringan COVID-19 pada 8 Jun lalu.

“Aktiviti pengesanan kes secara aktif dijalankan dan dua lagi kes positif dikesan di dalam kluster ini. Kes pertama ialah bukan warganegara dan beliau ialah bapa saudara angkat kepada kes indeks.

“Beliau tinggal di kediaman yang lain, namun terdapat aktiviti kunjung mengunjung di antara mereka,” katanya pada sidang media harian COVID-19, di sini hari ini.

Loading...
Terkini