comscore
Tumpuan :
Nasional

Tempoh Pengasingan 7 Hari Bagi Individu Positif COVID-19 Yang Lengkap Vaksin

Kementerian Kesihatan (KKM) melalui satu kenyataan hari ini memaklumkan, perintah pengasingan selama tujuh hari ditetapkan bagi individu lengkap vaksin yang dijangkiti COVID-19, berkuat kuasa esok.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan berkata, individu yang tidak lengkap atau tiada vaksinasi perlu jalani perintah pengasingan selama 10 hari jika positif COVID-19.

“Penilaian semula tempoh pengawasan dan pemerhatian ini berdasarkan data, sains dan pengalaman negara-negara lain berkaitan pengurusan kes positif COVID-19 dan kontak rapat kepada kes tersebut.”

Selain itu, KKM memaklumkan perintah kuarantin bagi kontak rapat kes positif COVID-19 termasuk jangkitan varian Omicron seperti berikut.

Khairy turut memaklumkan prosedur berkenaan turut terpakai ke atas mereka yang sedang menjalani pengasingan dan kuarantin ketika ini.

Loading...
Terkini